Anda telah menemui syarikat keselamatan terbaik di sini.

MKM SECURITY FORCE SDN BHD

Kami amat berbangga menjadi salah satu syarikat keselamatan yang paling dipercayai & berpengalaman di rantau ini. Kami menawarkan pengawal keselamatan yang diambil bekerja bagi memenuhi semua keperluan keselamatan peribadi, komersial & korporat anda.

Lt. Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Seri Hj Mohd Khairi bin Mat Jahya.

Pengarah

Lt. Kolonel Bersekutu (PA)
Dato’ Seri Hj Mohd Khairi bin Mat Jahya.

Assalamualaikum wbt.

Segala pujian bagi Allah SWT kerana limpah kurnia nikmat-Nya.

Terima kasih tidak terhingga kepada YBhg Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Polis Negara atas ruang dan peluang kepada syarikat MKM Security Force Sdn Bhd untuk bertapak dalam bidang kawalan keselamatan di Malaysia yang dicintai ini.

MKM Security Force Sdn Bhd baru sahaja ditubuhkan pada Mac 2020, namun pengurusan tertinggi syarikat serta pemegang-pemegang saham adalah mereka yang berpengalaman luas dalam bidang kawalan keselamatan.

Kami juga mempunyai barisan pengurusan dan pekerja-pekerja yang berpengalaman luas serta profesional dalam bidang kawalan keselamatan; iaitu mereka yang terdiri dari bekas anggota keselamatan dari Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) dan juga Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Ini merupakan strategi serampang dua mata syarikat MKM, di mana selain pihak syarikat dapat menggunakan kemahiran dan pengalaman mereka, pihak syarikat juga dapat menjaga kebajikan bekas anggota ATM dan PDRM pada masa yang sama.

Disamping itu, kami juga mengambil pekerja-pekerja dari kalangan anggota-anggota askar Wataniah dan juga anggota-anggota RELA.

MKM Security Force Sdn Bhd sedar bahawa kawalan keselamatan adalah satu bidang yang dinamik.

Sejajar dengan kemajuan dalam bidang teknologi informasi maklumat, bidang kawalan keselamatan haruslah menggunakan kecanggihan teknologi ini seperti ‘Remote Surveillance’, ‘Drone’, ‘Tactical Helmet’’ dan bermacam-macam lagi digunapakai untuk memantapkan lagi operasi harian.

MKM Security Force Sdn Bhd berazam untuk menjadi sebuah syarikat pengendali kawalan keselamatan yang modern, ‘non-conventional elite force and elite bodyguards’ yang boleh memberikan kawalan keselamatan yang optimum kepada para pelanggan yang memerlukan perkhidmatan tersebut, ‘conventional static guards’, dan bermacam-macam lagi perkhidmatan berkaitan kawalan keselamatan.

Akhir kata, MKM Security Force Sdn Bhd berharap dapat menjadi penanda aras (benchmark) di dalam industri kawalan keselamatan walaupun baru ditubuhkan.

Sekian, terima kasih.

PANTAS // PASTI // PEDULI

Hakcipta Terpelihara © MKM Security Force Sdn Bhd