Syarikat Keselamatan Yang Berpengalaman, Dipercayai & Kos-Efektif

MKM Security Force Sdn Bhd telah ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan perkhidmatan keselamatan yang terbaik kepada para pelanggan di Malaysia. Dibina berasaskan kualiti, perkhidmatan dan kecemerlangan.

Latar Belakang Syarikat

Syarikat MKM Security Force Sdn Bhd (MKM Security) ditubuhkan dengan tujuan memberi perkhidmatan kepada pelanggan sedia ada dan pelanggan baru pada sudut kawalan keselamatan.

Dengan keupayaan kewangan dan modal insan yang sudah tersedia, pihak MKM Security akan berganding bahu untuk mempertingkatkan martabat industri kawalan keselamatan seperti yang diharapkan.

Sebagai strategi, MKM Security akan melantik modal insan yang berkaliber, memastikan setiap daripada mereka mengikuti latihan yang dimodulkan untuk penentuan kenaikan pangkat serta kekosongan sedia ada yang akan diwujudkan dan diisi dari kalangan pekerja MKM Security sendiri. Sebagai sebuah entiti baru, MKM Security mengambil maklum akan segala jenis risiko yang bakal dihadapi. Kami juga telah memastikan individu-individu yang bakal menjadi penggerak modal insan akan dibawa masuk untuk mengisi jawatan yang sedia ada.

Hakikatnya, MKM Security memahami akan setiap jenis keperluan tenaga mahir yang diperlukan dan akan memberi sumbangan yang tidak terbatas dari segi keupayaan serta prestasi setiap golongan pekerja yang dilantik agar para pelanggan dapat meletakkan kepercayaan keatas kebolehan MKM Security seperti yang telah dijanjikan.

FOKUS KAMI

Sejak ditubuhkan, MKM Security Force telah menumpukan sepenuh perhatian untuk menyediakan perkhidmatan keselamatan yang canggih menerusi inovasi yang berterusan serta pengembangan perkhidmatan. Hari ini, kami terus komited untuk menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai selaras dengan pertumbuhan industri melalui strategi keselamatan yang direka khas, pegawai-pegawai keselamatan yang sangat terlatih serta perkhidmatan pelanggan yang bertaraf dunia.

KOMITMEN KAMI

Dengan mengekalkan standard penanda aras industri keselamatan yang paling ketat, pelanggan kami yakin dengan pendekatan berasaskan proses bagi menawarkan penyedia keselamatan yang terbaik untuk perniagaan anda.

PILIHAN PINTAR KAMI

Kami amat memahami cabaran-cabaran persekitaran keselamatan yang sentiasa berubah-ubah. Kami telah membangunkan program-program keselamatan yang direka khusus untuk memenuhi keperluan keselamatan pelanggan-pelanggan kami dan kami sentiasa peka dan prihatin terhadap perkembangan terkini serta situasi yang kompleks dan dinamik.

Objektif Dan Sasaran

Tumpuan MKM Security diberikan kepada perkhidmatan kawalan tradisional dan seterusnya bakal diterajui oleh kawalan rapi yang memerlukan teknologi canggih dan modal insan terlatih. Pihak MKM Security juga bertekad untuk terus maju dalam bidang ini dengan memainkan peranan utama dan menyumbang kepada antara lainnya:-

01

Mengadakan perjanjian persefahaman melalui latihan dengan institusi tempatan agar Latihan dalaman yang teratur dapat disusun dan dimodulkan untuk mempertingkatkan kompentensi semua golongan kakitangan yang dilantik. Latihan yang telah dimodulkan itu akan membawa manfaat dengan menumpukan kepada latihan yang tidak dikendalikan oleh Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM).

Menubuhkan sebuah pusat latihan Induk di Malaysia dan sebuah lagi pusat latihan di Negara asal untuk para anggota keselamatan yang bakal berkhidmat di Malaysia agar mereka dapat mengikuti latihan-latihan formal seperti penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, pengenalan kepada akta buruh dan kawalan keselamatan yang digunapakai di Malaysia. Tenaga pengajar yang berpengalaman serta yang pernah mengendalikan tugas ini telah pun dikenalpasti.

02

Syarikat ini juga akan menembusi pasaran tempatan untuk memberi khidmat pakar runding dalam memenuhi aspirasi pelanggan (peralatan dan latihan) dan membawa inovasi dari segi menilai dan mentadbir urus industri kawalan keselamatan.

03
MKM SECURITY FORCE SDN BHD

Visi kami adalah untuk menjadi sebuah syarikat keselamatan yang terkemuka di Malaysia dan menjadi penanda aras dalam industri dari segi profesionalisme dan kebolehpercayaan.

Syarikat MKM Security Force Sdn Bhd akan menumpukan perhatian ke atas aktiviti perkhidmatan kawalan keselamatan memadai keperluan setiap pelanggan yang merupakan rakan kongsi seperjuangan kami. Keupayaan yang sedia ada serta sumbangan postitif dari semua kakitangan Syarikat MKM Security membolehkan tanggungjawab direalisasi mengikut piawaian perkhidmatan yang dijanjikan.

Sesungguhnya kewibawaan serta pengalaman mengendalikan bidang tugas secara konsisten akan dipastikan supaya ia selaras dengan Moto, Visi dan Sasaran yang ditetapkan.

Senarai Pemegang Saham :

Dato' Nik Mohammad Shah bin Nik Mustafa

Kapten (PA) Humaidi bin Mat Jahya

En. Nik Shazni Farhan bin Nik Mohammad Shah

Carta Organisasi

MKM SECURITY FORCE - Security services for home, business and government.

Lesen-lesen Pendaftaran

SSM

SSM (1375197-A)

KDN

Lesen KDN

PIKM

Lesen PIKM

firearm

PDRM (Senjata Api)

MOF

Berdaftar di MOF

Pekhidmatan Kami Untuk Keselamatan Anda